Set Penjagaan Uri

RM55.00

MumDream

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SET PENGURUSAN URI MUMDREAM

  • Set Pengurusan Uri mumdream memudahkan dan menjimatkan masa pengurusan menanam uri kerana dilengkapi dengan isi kandungan yang praktikal seperti asam jawa, garam, kain putih, sarung tangan serta tembikar. Selain itu, kertas panduan disediakan supaya memudahkan bapa/mereka yang perlu menguruskan uri.
  • Set Pengurusan Uri Mumdream diperbuat daripada tembikar yang berdiameter luas (13cm) dan berketinggian 15cm.
  • Bentuk tembikar pengurusan Uri Mumdream adalah selari dari permukaan hingga kebawah dan memudahkan urusan memasukkan uri tanpa tersekat tangan.
  • Terdapat lubang besar berdiameter 4cm dan juga 2 lubang kecil berdiameter 1 1/2cm di kiri kanan lubang besar yang terletak di bawah tembikar. Ia bertujuan untuk pengalliran udara & cecair meresap terus kedalam tanah bagi mengelakkan pencemaran bau dan dapat mengelak daripada menjadi tumpuan haiwan.

In stock

Description

ISI KANDUNGAN YANG TERDAPAT DIDALAM SET PENGURUSAN URI

  1. Tembikar
  2. Kain Putih
  3. Asam jawa
  4. Garam
  5. Sarung Tangan
  6. Kertas panduan untuk membasuh Uri.

 

CARA-CARA MENANAM URI

  1. Basuh uri menggunakan asam jawa dengan sempurna supaya tidak terdapat bahagian yang tidak dicuci dan masih ada lagi kesan-kesan darah yang tertinggal.
  2. Selepas itu uri tersebut perlu direndam seketika bersama air garam lebih kurang 5 minit. Ia bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir terdapat pada uri tersebut.
  3. Uri tersebut perlu dibilas kembali menggunakan air yang bersih.
  4. Kemudian uri tersebut diletakkan diatas kain putih yang disediakan dan diikat seperti bunjut.
  5. Masukkan uri yang telah siap diikat tersebut kedalam bekas tembikar yang mengandungi lubang dibawah.
  6. Tanam uri tersebut dan gali tanah dengan cara membuat lubang yang agak dalam supaya tidak mudah dikorek oleh haiwan.
  7. Tutup tembikar tersebut dan memasukkan kedalam lubang yang telah digali yang berlubang. Ia bertujuan sebagai proses pengudaraan dan juga supaya air didalam uri akan mengalir kebawah tanah dan memudahkan proses pereputan berlaku.
  8. Akhir sekali timbus semula tanah yang telah digali.

Additional information

Weight 1.5 kg